Esok hari raya… 1 Syawal 1441

Alhamdulillah berjumpa lagi lepas sekian lama saya tidak menulis dalam blog saya ini…sebabnya saya terlupa password blog dan lagi kerja sekolah pun dah banyak. Untuk pengetahuan kawan-kawan …saya sekarang sudah berada di tingkatan 4. Mengenai keputusan PT3 saya baru-baru ini…saya mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat semua A. Alhamdulillah.

Semua tahu yang sekarang sedang wabak covid-19. semua tak boleh berjalan sewenangnya ke sana… ke sini..ke sana…ke sini seperti PM kata. Jadi saya tahun ini tidak balik beraya ke kampung di Ipoh. Terpaksa beraya di rumah bersamaayah, umi dan seorang kakak saya yang baru tamat belajar di UKM.

Baiklah…setakat ini saja yang hendak saya tuliskan. Esok dah raya. Nanti lepas raya saya akan cerita semula kisah saya mengerjakan umrah kali kedua dan banyak perkara lagi. oh ya…saya baru saja mendapat anak saudara yang ketiga…Naura namanya…Bye