Osaka: Day 1 (part 3)

Jawapan kepada soalan lepas …..GLICOMAN

Ok…teruskan cerita. Tempat shopping yang popular di Osaka ialah di Dotonbori. Kawasan ni sentiasa sibuk dan sesak dengan orang ramai dan pelancong. Tak kira siang atau malam, weekdays atau weekend. Serabut bila duduk lama-lama kat sini.

Glicoman adalah landmark tempat ini

Sesiapa yang datang Osaka tapi tak sampai ke Dotonbori dan bergambar dengan glicoman….maka tak sah kedatangannya ke sini. Entah apa yang bestnya glicoman tu, saya pun tak tahu

Satu lagi yang terkenal tentang tempat ini ialah patung ketam raksasa …

tuh….yang warna merah kat belakang ku…itulah ketamnya

lorong tengah Dotonbori ini memang banyak jual street food. Tapi kena berhati-hati kalau nak beli makanan kat sini, sebab kebanyakan makanan jepun ni ada sake… Apa itu “sake”?….samsu jepun…kata ayah.

tengoklah betapa sibuknya lorong tengah Dotonbori ni

Tapi yang best kat Jepun ni adalah vending mechinenya. Kita boleh jumpa benda ini di merata-rata tempat di seluruh Jepun. Airnya sedap pulak tu.

mana satu nak pilih ni…banyak sangat….. harga 100 yen jer

Oklah kita jumpa lagi dalam posting akan datang…bye

Day 1: Osaka (part 2)

…dari Osaka castle kami ke Yodobashi Port untuk naik Osaka Suijiyo Bus Aqua Liner. Sebenarnya ini adalah bot yang bawa kita mengelilingi sungai selama hampir 1 jam. Kalau musim bunga ada banyak pokok sakura di sepanjang sungai ini. …dan bila musim luruh pula daunnya bertukar warna

inilah dia Aqua liner….tiketnya 1700 yen… ada OAP free
dalam aqua liner
pemandangan sepanjang laluan aqua liner

lebih 1 jam kami di sini …. dan hari sedah petang sebab dalam musim luruh ini waktu maghribnya awal iaitu dalam pukul 5 petang. Jadi umi kata kita balik dululah. Esok sambung lagi. Lagipun kami belum check in apartment tempat kami duduk itu di South Namba Trioni, Daikokucho. Selepas ini saya akan cerita pasal gambar ini…. cuba teka

siapa tahu nama gambar ini?

Day 1: Osaka

Kami keluar dan check out hotel pukul 8 pagi. Nasib baik pihak hotel bermurah hati bagi tempat simpan beg kepada kami untuk kami pungut semula petang nanti…. kalau tidak kena simpan di stesen trainlah beg tu.

Lokasi pertama yang kami tuju adalah ke Osaka castle. Ini adalah tempat wajib dilawati kalau kita ke Osaka

nampak tak kat belakang tu….itulah Osaka Castle

Lebih kurang 2 jam kami di sana. Kompleks ini agak luas. Kami masuk ke dalam Osaka castle sebab ada muzium di dalamnya. masuk sini kena beli tiket… tapi kerana kami ada Osaka Amazing Pass (OAP), maka boleh masuk free.

Pemandangan dari “observation deck” di Osaka Castle

kami sempat menaiki boat cruise di sini yang dikenali sebagai “Osaka-jo Gozabune Boat”. Bot ini belayar sepanjang tasik dalam kawasan Osaka Castle ini. Sungguh menarik pemandangan dimusim luruh ini

harga tiket utk naik bot ini adalah 1500 yen…. tapi kalau ada OAP….free
pemandangan dari dalam bot

ok..selepas ini saya akan ceritakan pula pengalaman naik Aqua liner(harga tiket 1700 yen….tapi kalau ada OAP….free)..bye

Selamat sampai Osaka

Flight kami touchdown di Kansai International Airport (KIX) tepat pukul 9.40 malam. Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan kastam ayah terus beli tiket train untuk ke Osaka. Kami sampai di Osaka pukul 12.00 tengah malam. Kami sewa 1 malam di hostel dalam area south Namba berdekatan dengan stesen subway Daikokucho dan stesen train Imamiyaebisu. Keesokannya baru mula ronda-ronda Osaka. Ok Jumpa lagi

ini tiket train dari KIX ke Osaka…. kecik jer


kami duduk semalaman di hostel ini sebaik saja sampai. Untuk 5 hari berikutnya kami duduk di hotel apartment
hotel ini dekat dengan stesen subway Daikokucho

Travel ke jepun

Yes…saya dah sampai jepun minggu lepas. Kami ke Osaka selama 7 hari. Saya sempat ke Kyoto, Kobe dan Nara. Seronok dapat naik Shinkansen, naik kapal layar, naik subway dan cable car di Kobe, juga bermain dengan rusa di Nara. InsyaAllah saya akan ceritakan pengalaman ini dalam posting yang akan datang.

Jpeg

seperti biasa kami naik Airasia lah….murah