Pergi Cameron Highland lagi

Cuti Deepavali baru-baru ini saya pergi Cameron Highland lagi. Kali ni anik ikut juga.Kami duduk di Rainbow hotel Brinchang. Hotel ini kira oklah. Yang bestnya kali ini saya pergi kebun strawberry dan petik buahnya di Abang Strawberry. Kemudian kami makan nasi lemak strawberry ikan masin. Waklu malam saya pergi pasar malam Brinchang dan ayah belikan topi wolf dan jeket ferrari. Pagi esoknya kami turun ke Ipoh jumpa opah.

petik strawberry di abang strawberry

petik strawberry di abang strawberry

nasi lemak sambal strawberry...mesti makan ni...yum...yummmm

nasi lemak sambal strawberry…mesti makan ni…yum…yummmm

opah pun ada kebun strawberry di Cameron Highland

opah pun ada kebun strawberry di Cameron Highland

melawat tempat tanam cendawan

Kalau pergi ke cameron Highland jangan lupa singgah di satu tempat penanaman candawan di sana. Namanya saya tak tahu. di sini kita boleh tengok pelbagai jenis candawan ditanam untuk di pasarkan keseluruh Malaysia.

inilah tempatnya

inilah tempatnya

...dan ini pula jenis candawan yang ada .....

…dan ini pula jenis candawan yang ada …..

Tapi bila ayah nak pergi ke camerob Highland lagi yek….

Cameron Highland: Lawatan ke MARDI

Kalau pergi ke Cameron Highland jangan lupa melawat ke pusat pertanian MARDI. Kat sini ada berbagai pokok yang ditanam. Yang bestnya ada pokok anggur, epal dan stroberi.

di pusat pertanian MARDI

ada pokok sayur....

..ada pokok tomato...

ada buah anggur...tapi tak boleh petik

...dan ini dia...pokok epal

ini buah epal...tapi buahnya taklah besar sangat

Jadi jangan lupa datang ke MARDI Cameron Highland….rugi kalau tak datang.

Cameron Highland: Ada banyak makhluk asing

Semasa di Cameron Highland saya jumpa banyak makhluk asing. Ada yang besar dan ada yang comel. Berikut adalah makhluk asing yang saya jumpa;

ini maklhluk asing pertama yang saya jumpa...dia banyak memberi tenaga...hiaahhhkkkk

ini makhluk asing kedua...ia sangat comel....hello honey

...dan ini makhluk asing kegemaran saya...ultraman

Jadi kalau kawan-kawan nak berjumpa dengan makhluk asing….jangan lupa ke Cameron Highland…hahahahah

Cameron Highland: Mari makan aiskrim stroberi

Aiskrim stroberi di Cameron Highland harganya RM5.00. Buah stroberi dicampur dengan coklat dan aiskrim…yum…yum…sedap!!!

ini stroberi yang akan dicampur dengan aiskrim

sedapnya.....

dan ini stroberi celup coklat...macam satay stroberi

Cameron Highland: Banyaknya stroberi

Kalau kawan-kawan ke Cameron Highland pasti akan jumpa dengan buah stroberi. kalau tak makan stroberi tak sah ke sana. Ada banyak kebun stroberi di Cameron Highland. Saya suka aiskerim malaysia stroberi.

stroberi raksasa

mula-mula stroberi berbunga, kemudian jadi buah warna putih dan kemudian masak warna merah

ini buah stroberi dari dekat...rasanya masam

saya dapat pegang pokok stroberi

esok saya cerita aiskrim stroberi pula

Cameron Highland: Melawat kebun teh

Semasa saya di Cemeron Highland saya sempat pergi ke kebun teh Bharat. Kebun teh ini terletak 4km dari  Tanah Rata. Kawasannya luas di lereng bukit. Saya dan ayah turun ke bawah bukit untuk melihat pokok teh dengan lebih dekat. masa nak balik ke hotel ayah ada beli sepohon pokok teh untuk ditanam di rumah nanti

saya di kebun teh Bharat, Cameron Highland

ini rupanya pokok teh....ingatkan pokok besar

luas sungguh ladang teh ini

ini dia Bharat Tea Cameron Highland

masa perjalanan pulang umi beli teh yang ada perasa stroberi…lepas ni saya akan cerita pula pasal stroberi. Jumpa Lagi

Cameron Highland: sewa hotelnya mahal

Ayah kata harga sewa hotel di Cameron Highland sekarang ni dah mahal berbanding dengan harga 5 tahun yang lepas. Bilik hotel yang ayah sewa ni dipanggil triple room harganya RM170. Ada 1 katil besar dan 1 katil single. saya tidur dengan ayah dan umi dan kakak saya tidur kat katil kecil tu. Hotel di sini takde air-cond dan kipas sebab suhu di sini memang dah sejuk. Kalau waktu malam lagilah sejuk. Saya tidur dalam selimut tebal.

ini semasa baru sampai hotel di bandar Brinchang

….ni gambar dalam Hotel Parkland

……bila waktu malam suhunya jatuh ke 15C…sejukkkk!!!!!¬† kalau kawan-kawan datang ke Cameron Highland jangan lupa bawa baju sejuk

Cameron Highland: Banyak bunga

Satu lagi kalau kawan-kawan ke Cameron Highland kita akan dapat lihat banyak bunga yang macam-macam warna. Umi saya suka sangat tengok pokok bunga ni. Kalau kat rumah umi suka beli pokok bunga tapi ayah saya yang kena jaga.

.......yang ini pun ada

ada banyak lagi kat sini...

pokok kaktus pun ada yang berwarna-warni

Tapi sebenarnya saya tak suka pada bunga…..saya saje je buat-buat suka….saya suka toys je

Bye.

Cameron Highland: banyak kebun sayur

Kalau kawan-kawan ke Cameron Highland , jangan lupa melawat kebun sayur di sana. Ayah bawa saya engok ke kebun sayur. Saya dapat tengok sayur dari dekat. Ada banyak sayur sawi dan kobis. Macam-macam sayur ada di Cameron Highland

saya dan kebun sayur

ini pokok kobis

ini pokok salad

saya sedang siram pokok sayur...imaginasi je

tengok ni ...ada macam-macam saiz kobis ni. Ada warna purple lagi dan besar pulak tu

Jadi kalau kawan-kawan ke Cameron Highland jangan lupa melawat kebun sayur. ….tapi saya tak suka makan sayur…saya suka makan buah je

Jumpa lagi

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.